Kembali
jupem
Dasar Privasi

Privasi

Aplikasi MyLot (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan capaian kepada perkhidmatan atas talian yang ditawarkan oleh JUPEM kepada pengguna dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store.

Maklumat Peribadi

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna.

Keselamatan Data

Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna.

Perubahan Kepada Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Untuk pertanyaan lain-lain, sila e-mel kepada supports-MyLot@jupem.gov.my